Monday, July 27, 2009

Al-Fatihah to my fren's bro


Today when I was about going to sleep, I took my hp and I saw 1 unread sms. Its from my best friend when I was in diploma. In the sms she told me about her youngest brother had pass away last Friday because of an accident. She even stated in the sms that the incident got appear in Metro and Utusan on Saturday. So I rushed to my computer to search Saturday's Metro and here it is, quote from Harian Metro 25th July:

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
KANGAR: “Ketika itu saya menjangka Syamil hanya mengalami luka kecil dan tidak mempedulikan sangat perkhabaran daripada rakannya sehingga seorang jiran memaklumkan kali kedua berhubung kejadian terbabit.

“Apabila keluar ke jalan raya, saya dapati orang ramai sedang mengerumuni tempat kejadian dan melihat seseorang budak terbujur kaku di atas jalan raya sambil ditutupi kain serta mengecam basikal milik arwah tidak jauh dari tempat kemalangan,” kata Hamidah Abdul Rahman, 52, ibu kepada Ahmad Syamil Azmi, 13, yang maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat di sini, semalam.

Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Sulaiman, Beseri itu, ketika kejadian sedang menunggang basikal ke masjid sebelum dilanggar sebuah Nissan Sentra dipandu seorang lelaki kira-kira jam 1.10 tengah hari

Mangsa yang juga anak bongsu daripada lima beradik dari Kampung Paya Senduk, Beseri dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala dan badan

“Saya sudah mengagak kejadian buruk berlaku dan tidak mampu menghampiri tempat kejadian dengan melihat mayat Syamil dari jauh. Bagaimanapun, saya pasti mayat terbabit adalah Syamil selepas mengecam basikal miliknya,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat, Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Katanya, kali terakhir bertemu Syamil kira-kira sejam sebelum kemalangan iaitu ketika mangsa baru pulang dari sekolah sebelum bersiap untuk pergi menunaikan solat Jumaat.

“Sebelum keluar rumah untuk ke masjid, Syamil sempat memaklumkan hendak pulang lewat kerana hendak menyiapkan kerja sekolah di rumah seorang rakan dan sejam selepas itu, saya dimaklumkan mengenai kemalangan terbabit,” katanya

Sementara itu, bapa mangsa, Azmi Ismail, 54, yang bertugas di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya dilaporkan bergegas pulang ke Perlis kira-kira jam 2 petang untuk menatapi anak bongsunya itu yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Kechor di sini, lewat petang semalam.

Sementara itu, Pegawai Penyiasat Trafik daerah Padang Besar, Inspektor Azlizal Khairul Abdul Kadir, berkata kemalangan berlaku di Kilometer 8 Jalan Besar Kangar-Padang Besar ketika mangsa sedang berbasikal untuk ke masjid.

Katanya, Ahmad Syamil dikatakan dirempuh dan diseret beberapa meter oleh kereta terbabit yang dalam perjalanan dari Padang Besar ke Kangar dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Lets give Al-Fatihah for him. Rest in peace and may his soul are always with Allah.

0 comments:

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . ஐ■●■●■●■●■●■●■●■ஐ

♥ARCHIEVE♥

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . ஐ■●■●■●■●■●■●■●■ஐ
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . ஐ■●■●■●■●■●■●■●■ஐ
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . ஐ■●■●■●■●■●■●■●■ஐ
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . ஐ■●■●■●■●■●■●■●■ஐ

My Blog List

♥Chimey♥

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . ஐ■●■●■●■●■●■●■●■ஐ

♥HIT COUNTER♥

Buy plus size shoe here!

Photobucket
 
~This is my Mirrorcle World~ creditosbtemplates creditos Templates by lecca 2008 .....Top